"LIFE BEGINS AT THE END OF YOUR COMFORT ZONE"
- cerita adalah berdasarkan pengalaman seorang organizer yg biashe-biashe je.
Ekspedisi kali ini membawa kami ke Trans Spencer Chapman. Bermula dari Pos Gedong, Bidor dan berakhir di Kuala Woh, Tapah. Perjalanan selama 6 hari 5 malam ni merangkumi 3 puncak gunung iaitu G. Bah Gading, G. Kak & G. Batu Putih.
Gambaran awal Trans Spencer Chapman (Hasil study dari Guide)
Kenapa Trans Spencer Chapman? Nah baca sendiri
Tapi Freddie ni takdela naik sampai G. Bah Gading semua tu. Tempat persembunyian dia hanya di kawasan lembah sungai je yg bermula dari Pos Gedong. Mungkin ada juga keturunan Freddie ni kat perkampungan orang asli tu kan? Siapa tahu....
Kekuatan ekspedisi ini seramai 19 orang; Guide (Abg Alen & Abg Awie), Observer (Bob), peserta (Kak Zana, Abg Aji, Bangpet, Bangla, Wak, Abg Jijul, Abg Saiful, Tom, Along, Imah, Shida, Eyca, Aida & Abg Mail serta organizer (Eyjal & aku)
Dari kiri : Abg Saiful, Kak Zana, Abg Wie, Abg Mail, Imah, Abg Aji, Eyjal, Abg Alen, Wak, Eca, Bangpet, Aida, Shida, Didine, Abg Jijul, Bangla
Tiada dlm gambar : Tom, Along, Bob (ngorat anak org asli lettew)
Hari 00 - Selasa (22 Oktober 2019)
Kami mulai berkumpul di kedai makan LRT Gombak (bersebelahan traffic light) tepat 2200hrs. Trip kali ini lebih kpd reunion trip CUS 2016, Trans Titiwangsa Selatan Fasa 1 (TTSF1) 2017, GBB 2017, Trans Fraser Slim 2019 & Trans Bubu 2019. Majoriti dah pernah join trip aku lebih dari sekali so sesi suai kenal tu kira takyah la kan haha sbb masing2 dah tau perangai sama sendiri. Bau kentut pun dah kenal bau nya 😜
Hari 01 - Rabu (23 Oktober 2019)
Tepat 0000hrs van mulai gerak dari LRT Gombak. Time ni dah start renyai2. Maklumlah trip pada musim hujan. Kena redha je la haha. Dari LRT Gombak kami menghala ke Behrang dulu untuk pickup Shida. Seterusnya baru ke Surau Jabatan Hutan Bidor. Kat sini lagi sesuai berbanding masjid yg kami tumpang time TTSF1 dulu. (Tak mengganggu penduduk sekitar utk menunaikan solat subuh)
Utk trip kali ini driver kami ialah Amin dari Thrill Adventures. Aku recommend sgt2 guna service #vangunung Amin ni sebab service dia memang tiptop. Kau bayangkan, dari 12 tghmlm gerak dari KL, lepastu breakfast then masuk perkampungan orang asli dia hantar. Aku rasa dia sampai KL pun lewat tengahari jugak la. Nanti aku cerita pulak apa dia buat time hari ke-6 dia jemput kami di Kuala Woh, Tapah. Sabar je layan perangai kami so memang worth it la guna service dia.
Ni baru beg 15 org. 4 org lagi kat kereta 1 lagi.
Sebelum masuk perkampungan orang asli (Pos Gedong), kami singgah breakfast di Pekan Bidor, Kedai Kari Ramli. Makanan kat sini semua mantap. Ada nasi lemak, mee kicap, mee kari dll.
Mee kicap - RM4
Kedai bersebelahan pulak ada menjual nasi kerabu, nasi minyak, nasi ayam dll. So apalagi, makan pagi di kedai ramli, tapau lunch di kedai sebelah.
Okay dah la borak pasal makanan. Time to angkat sauhhhhh
Tepat 1020hrs, kami mula bergerak perlahan2 memasuki perkampungan orang asli dan seterusnya menyusuri kebun mereka kemudian melintasi sungai. Tak terkira berapa kali nak lintas sungai menghala ke Kem Tigok. Dah la beg berat, kena lintas banyak kali sungai pulak 🤮🤮🤮 ada 1 part tu, ada pokok baru lepas tumbang, kami terpaksa panjat pokok tersebut. Tiba-tiba, "kilimanjarooo!" Abg Aji jerit dari belakang. Semua mengekek gelak. (Kilimanjaro tu merujuk kepada Kak Zana yg baru saja balik dari Kilimanjaro last month) power sehhhhh training spencer kat kilimanjaro hahaha
Setiba nya kami di port lunch, hujan pulak turun. Apalagi, makan berkuahkan air hujan la kami 😅 Selesai lunch kami sambung perjalanan ke Kem Tigok pulak. Keadaan di Kem Tigok agak berubah dari trip TTSF1 2017 dulu. Kemsite dah mula luas. Ada lagi 1 kemsite kat atas. Abg Alen kata sebab pendaki dah makin ramai. 1 trip je cecah lebih 30 org pada 1 masa. Asyukkkk 😅
Askar pacat mengganas dari bawah lagi. Time ni aku selamat dari sebarang serangan. Dah pakai uniform lengkap kan haha (tight & stoking tebal - kalenji) Dah lama sangat pendaki tak masuk so pacat kata its time for food hunting
Aku tiba di Kem Permatang tepat 1825hrs. Yang jalan depan awal 20-30 minit dari aku haha maklum la aku banyak stop sebab memang barai gila hari 1st. Bayangkan, tak sampai 10 langkah je aku stop ambik nafas. Yang jadi mangsa teman aku Bangpet la. Sabar je dia tunggu aku walaupun beg dia lagi berat dari beg aku. Sejam sebelum tiba di Kem Permatang suasana agak gelap dan sejuk. Mungkin sebab hujan ataupun kami dah mula memasuki hutan tebal. Jalan pun agak licin lagi2 geng depan dah bajak trek haha. Ramai gak yang cium tanah hari ni 🤣🤣 (sila refer gambar)
Malam nya kami tak banyak borak. Mungkin sebab masing2 tak cukup tido kot. Tepat 2140hrs dorang dah masuk sleeping bag. Tido la kerana esok perjalanan masih jauh....
Hari ini perjalanan kami dari Pos Gedong - Kem Tigok - Kem Permatang.
Nota :
Dinner; Daging masak lemak extra pedas + keropok + Teh O laici
Abg Alen tengah briefing
Tirukkkk (time ni kami take 5 jap - penat lalu tepi sungai yg licin)
Kem Tigok (atas)
Port ni lawa - dulu aku ada ambik gambar kat sini. Tapi kali ni takdan la nak keluar phone
Aku tak lalu titi ni. Nampak macam tak stable je
Snap dulu kat perkampungan orang asli - masih boleh senyum
Ni Imah jatuh tergelincir. Sikit lagi nak masuk dalam air tu. Naya2 - depan mata aku lak tu. Gegar jap lutut time tu.
Ni la pokok tumbang tu - Kilimanjarooooooo hahaha time ni lemah kaki nak naik sebab gelak
Imah : Bangpet buat ape tuuuu? Lapar sgt sampai nak makan tanah ke hahaha - time ni no step langsung pastu licin lak
Ni lepas pokok tumbang tu. Geng belakang dah divert ikut jalan bawah lalu sungai
Buluh jahanam. Sini pun makan tanah gak. Muat2 beg je jalan ni haha
Hari 02 - Khamis (24 Oktober 2019)
Tepat 0430hrs aku bangun. Yela, organizer merangkap chef kena la bangun awal. Aku termenung jap memikirkan menu breakfast & lunch pack harini. Keadaan di Kem Permatang biasa je tapi agak sejuk mungkin sebab semalam nya hujan renyai-renyai.
Tepat 0600hrs yang lain mulai bangun untuk menunaikan solat subuh. Aku pulak breakfast terlebih dahulu sementara menunggu mereka selesai.
Breakfast - Kuehtiaw goreng & teh O panas
Perjalanan pacak ke Puncak Bah Gading harini dimulakan pada jam 0920hrs. Masing2 bersemangat manakala aku melangkah longlai ke puncak. Barai semalam tak habis lagi. Tak banyak aku boleh cerita time ni sebab aku jalan paling belakang sekali yang menyebabkan aku sedikit terpisah dengan yg lain.
Tiba di puncak Bah Gading; 1620m, keadaan dikelilingi kabus. Agak kecewa kerana dari sini sepatutnya kami dapat menikmati view 360. Kami tak lama lepak kat sini kerana puncak lunch masih jauh dihadapan.
Namun sebaik kami mulai beredar dari puncak, kabus mulai beredar sekejap - belanja view, seakan memahami perasaan kecewa kami.
Group photo. Taken by Kak Zana
Mangsa "awak, awak" 🤣
Perjalanan dari puncak Bah Gading ke Puncak Lunch mengambil masa 1 jam lebih. Trek mulai sempit, licin. Disebabkan aku org last (Eyjal sweep 🤣) yang lain pun dah selesai lunch (nasi putih & ayam sambal extra pedas - Eca kata nak sembunyikan cili dari aku lepas ni hahaha)
Tak lama kemudian hujan mulai turun - bermaksud kami terpaksa gerak jugak dari Puncak Lunch tersebut. Trek masih licin, kurang marking, banyak jugak yg curam. Mind your step. Sejam lebih perjalanan kami tiba di kawasan lembah - terdapat waterpoint. Masing- masing happy sebab kurang 2 minit dari waterpoint tu adalah kemsite malam ni - Kem Chapman. Namun hampa selepas guide membuat keputusan untuk tukar kemsite - depan sikit & pacak (atas sebab sempit - boleh muat 8 orang sahaja)
Kemsite baru ni diberi nama Kem Lembah Permatang oleh kerana keadaan muka bumi nya terletak diantara dua permatang. Disini terdapat Waterpoint jugak (5 minit turun) Kami tiba di kemsite seawal 1600hrs. Syok kannnnn trip buka headlamp time nak g kencing malam je hahaha
Nota :
Breakfast; Kuehtiaw goreng + teh O
Lunch; Nasi putih + ayam sambal
Dinner; Nasi putih + tomyam + pekasam ikan + kopi O
Kemsite agak sempit. berhimpit-himpit la tido malam tu
Tengah setting flysheet
Hari 03 - Jumaat (25 Oktober 2019)
Pagi ni masing-masing bangun mengadu sakit perut gelak hahaha adoiiii. Seawal 0400hrs, time sunyi sepi (ada la bunyi dengkur jugak kan haha), tiba2 BUKKKKKKK! Masing-masing bangun, ingatkan ada pokok jatuh ke apa (aku tak bangun time ni. Time dah riuh baru aku sedar) 1 kemsite riuh sebab orang tu terjatuh dari kepompong hammock nya (dirahsiakan untuk menjaga nama baik insan tersebut) kahkahkah! Tanya Along & Bob untuk lebih terperinci hihihi
Okay kembali kepada trek, hari ke-3 ni kami akan menuju ke Kem Permatang Kak. Menurut penjelasan dari guide, harini kami akan layan pacak sahaja sehingga ketinggian 1600m. Trip ni aku rasa agak santai dan enjoy walaupun terpaksa hadap pacak dan banyak lubang tikus sepanjang trek. Banyak kali jugak aku tersadung atau terpeleot serta tangkap biawak (hahaha tangkap biawak means terjatuh atau tergelincir jatuh laa)
Kami mula trekking agak lambat iaitu 1020hrs dan sampai di simpang Last WaterPoint seawal 1445hrs. Daripada simpang LWP, kami menurun sebanyak 200m untuk sampai ke LWP (can you imagine? haha) tapi nasib turun nya tak menjunam seteruk Air Terjun Terbunuh atau LWP sblm tiba di puncak Bah Gading.
Otw naik dari LWP ke simpang pulak tiba-tiba hujan turun dgn lebatnya. Untuk hari ini, kami perlu ada sekurang-kurangnya 4 botol 1.5L untuk memasak (2 botol utk masak dinner/breakfast/lunchpack; 2 botol lagi utk kegunaan yg sama utk next day). Tiada punca air bermula malam ini sehingga lewat tengahari hari ke-5 (next waterpoint adalah Air Terjun Terbunuh)
Ni la kawasan LWP yg jauh turun 200m tu. Air dia kuat tapi berbatu-batu & ada mossy. Tenang sangat kat sini. Yang perempuan biasalah berjemaah pegi toilet time ni. Tengok2 berapa ketul je lelaki yg tinggal (Tak larat nak tunggu kami kot haha so dorg naik dulu)
Untuk situasi begini, organizer perlu bijak dalam pemilihan menu. Pilih menu yg tak berkuah dan kurang penggunaan air untuk membersihkan periuk. Selain itu, kena standby extra tissue untuk urusan ke toilet dan cleaning jugak.
Jarak simpang LWP ke Kem Permatang Kak adalah 10 minit perjalanan sahaja (tak jauh kan, tapi barai gak klu pikul load haha) Wak boleh patah balik lagi turun ambik air yg tinggal.
Nota :
Breakfast; Nasi impit + lodeh + sambal paru + kopi O
Lunch; Nasi Putih + sambal paru + sambal tempe/ikan bilis/kacang
Dinner; Nasi putih + Daging blackpepper + kacang buncis + teh O
Okay kembali kepada trek, hari ke-3 ni kami akan menuju ke Kem Permatang Kak. Menurut penjelasan dari guide, harini kami akan layan pacak sahaja sehingga ketinggian 1600m. Trip ni aku rasa agak santai dan enjoy walaupun terpaksa hadap pacak dan banyak lubang tikus sepanjang trek. Banyak kali jugak aku tersadung atau terpeleot serta tangkap biawak (hahaha tangkap biawak means terjatuh atau tergelincir jatuh laa)
Tengah ready nak turun 200m ke LWP (berguna gak bag ikea yg aku provide tu heheh)
Kami mula trekking agak lambat iaitu 1020hrs dan sampai di simpang Last WaterPoint seawal 1445hrs. Daripada simpang LWP, kami menurun sebanyak 200m untuk sampai ke LWP (can you imagine? haha) tapi nasib turun nya tak menjunam seteruk Air Terjun Terbunuh atau LWP sblm tiba di puncak Bah Gading.
Otw naik dari LWP ke simpang pulak tiba-tiba hujan turun dgn lebatnya. Untuk hari ini, kami perlu ada sekurang-kurangnya 4 botol 1.5L untuk memasak (2 botol utk masak dinner/breakfast/lunchpack; 2 botol lagi utk kegunaan yg sama utk next day). Tiada punca air bermula malam ini sehingga lewat tengahari hari ke-5 (next waterpoint adalah Air Terjun Terbunuh)
Ni la kawasan LWP yg jauh turun 200m tu. Air dia kuat tapi berbatu-batu & ada mossy. Tenang sangat kat sini. Yang perempuan biasalah berjemaah pegi toilet time ni. Tengok2 berapa ketul je lelaki yg tinggal (Tak larat nak tunggu kami kot haha so dorg naik dulu)
Imah & Shida with mossy LWP - kat camera tak berapa lawa. Klu tengok ngn mata sendiri lagi lawa. So kena la pegi sendiri hahahah
Untuk situasi begini, organizer perlu bijak dalam pemilihan menu. Pilih menu yg tak berkuah dan kurang penggunaan air untuk membersihkan periuk. Selain itu, kena standby extra tissue untuk urusan ke toilet dan cleaning jugak.
Shida masak ni. Nice kan, sedap jugak. Beruntung siapa dapat Shida ni. Baik pekerti sgt orang nya. (kena buli ngn Bangpet - setiap sorg kena masak 1 mlm tolong aku hahaha)
Dah lama tak masak menu ni. Nice untuk kemsite yg sejuk, bagi badan panas - Daging blackpepper
Next entry, mudahan aku akan share cara masak nasi mcm ni (perut peserta/client perlu jaga wehh. takkan nak bagi nasi mentah kat orang huhu)
Jarak simpang LWP ke Kem Permatang Kak adalah 10 minit perjalanan sahaja (tak jauh kan, tapi barai gak klu pikul load haha) Wak boleh patah balik lagi turun ambik air yg tinggal.
Mama Zana & Ayah Aji - dari simpang LWP ke kemsite Abg Aji pikul barang dia guna plastik tu je (dekat kan hihihi) bag dia untuk pikul air (Wak patah balik ambik)
Ni rupa air kat LWP - takde la seciput mcm sesetengah LWP
Lepak dgn geng hammock - kalini takde bunyi BUKKKKK hahaha
Suasana dinner. Awal makan time ni. Masing2 kelaparan. Sebelum maghrib lagi dah makan kot
Nota :
Breakfast; Nasi impit + lodeh + sambal paru + kopi O
Lunch; Nasi Putih + sambal paru + sambal tempe/ikan bilis/kacang
Dinner; Nasi putih + Daging blackpepper + kacang buncis + teh O
Group Photo sebelum gerak pagi Hari ke-4
Romantika la dua orang ni
Hi. Boleh share GPX map? Terima kasih
ReplyDelete